CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 83|Reply: 0

[Sarawak] Sesi libat urus babit Petronas, BIF, MLNG dan ABF bersama agensi kerajaan

[Copy link]
Post time 17-4-2025 08:54 AM | Show all posts |Read mode


Pegawai PETRONAS dan agensi yang hadir pada sesi libat urus tersebut.

BINTULU: Sesi Libat Urus Pusing Balik Kemudahan Bersepadu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) 2025 dan Implikasi kesesakan lalu lintas di Bintulu telah diadakan dengan jayanya di Fairfield by Marriott Paragon Bintulu pada Isnin lepas.

Jurucakap penganjur berkata, sesi tersebut melibatkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd - Bintulu Integrated Facilities (BIF), Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF), agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, sesi ini bertujuan merancang pengurusan trafik dan keselamatan di kawasan loji terutama di kawasan Tanjung Kidurong yang akan terjejas akibat proses pusing balik yang dijadual pada 28 April hingga 28 Mei melibatkan lebih 5,000 tenaga kerja.

"Dengan kehadiran ramai pekerja, dijangka berlaku peningkatan ketara dalam kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, termasuk waktu penghantaran anak-anak sekolah," ujarya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru katanya, PETRONAS telah mencadangkan penyediaan pengangkutan awam tambahan dan pengaturan laluan trafik bagi memudahkan pergerakan para pekerja dan masyarakat setempat.

Jelasnya, pemangku pihak berkepentingan mengingatkan warga Bintulu agar merancang perjalanan dengan teliti dan bersabar sepanjang tempoh tersebut.

"Pengguna jalan raya digalakkan untuk mengelak perjalanan pada waktu puncak dan mempertimbangkan pilihan berkongsi kereta bagi mengurangkan kesesakan," katanya.

Beliau berkata, aspek keselamatan dan kelancaran operasi adalah keutamaan semua pihak dan kerjasama orang ramai amat dihargai dalam memastikan proses ini berjalan dengan lancar.

Sesi tersebut dihadiri Pengurus Besar (Kejuruteraan) MLNG Nazman Rusli, Pengurus Kanan MLNG Fauzi Md Nordin, Baithy Tini Nikey yang mewakili Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan agensi-agensi berkaitan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.920736 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list