CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 79|Reply: 0

[Sabah] Enakmen SEDCO tidak wajibkan GGM harus Bumiputera

[Copy link]
Post time 17-4-2025 08:42 AM | Show all posts |Read mode


RUBIN

KOTA KINABALU: Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) tidak mewajibkan pelantikan pegawai kanan terutama Pengurus Besar Kumpulan (GGM) dalam kalangan Bumiputera.

Pengerusi SEDCO, Datuk Rubin Balang berkata dasar SEDCO membantu kaum Bumiputera di negeri ini adalah jelas, dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

Katanya, SEDCO ditubuhkan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi, menggerakkan pembangunan bandar-bandar di negeri ini, selain membantu kaum Bumiputera dalam pembangunan sosio ekonomi.

“Terdapat pihak mengkritik pelantikan GGM SEDCO yang baharu bukan dalam kalangan Bumiputera kerana sejak dahulu semua penyandang jawatan itu adalah kaum Bumiputera.

“Enakmen SEDCO tidak mewajibkan pelantikan pegawai kanan termasuk GGM datang dari kaum Bumiputera,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong berkata ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.

Rubin menegaskan, dalam konteks masyarakat majmuk ada baiknya integrasi kaum dalam jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan membawa suasana yang lebih sihat dalam GLC.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan agar melakukan perubahan kepada polisi dan peraturan yang melambatkan pelaksanaan projek pembangunan apabila berlaku kerosakan pada utiliti dan infrastruktur asas rakyat.

“Kerajaan perlu segera melantik kontraktor untuk membaiki kerosakan secara design dan build, tanpa menunggu pelbagai proses kelulusan, prosedur lapuk dan kerenah birokrasi tidak wajar,” katanya.

Rubin mengambil contoh, jalan utama Kilometer 15 Tenom-Kemabong-Sipitang yang akan runtuh pada bila-bila masa dan berbahaya kepada para pengguna, sehingga kini masih belum diperbaiki.

“Tolonglah jangan tunggu sehingga sesudah berlaku runtuhan keseluruhan jalan berkenaan baharu pihak berwajib mengambil tindakan.

“Saya cadangkan supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah diberi kuasa secara mutlak untuk menangani segera jalanraya yang rosak, termasuk melantik kontraktor dengan segera bagi membaik pulih jalan-jalan berkenaan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.066072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list