CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hujan lebat, Pulau Pinang dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 16-4-2025 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-4-2025 06:19 PM

Hujan lebat, Pulau Pinang dilanda banjir kilat

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 April 2025 08:47am




Banjir kilat di beberapa kawasan di pulau dan seberang selepas hujan lebat sejak jam 11 malam Selasa. Foto APM



GEORGE TOWN - Beberapa kawasan di negeri ini antaranya Jalan P Ramlee, Jalan Thean Teik, Kampung Masjid, Green Garden dan Taman Siakap dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda sejak 11 malam Selasa.

Hujan lebat kira-kira empat jam itu menyebabkan banjir kilat berlaku dan memasuki rumah penduduk di beberapa kawasan di pulau dan seberang.


Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut, beberapa laluan utama dinaiki air sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan selain menyebabkan beberapa premis kediaman turut dimasuki air.


Anggota APM Timur Laut sedang membantu penduduk mengalihkan barangan dalam kejadian banjir kilat. Foto APM



"Tinjauan awal mendapati limpahan air berlaku kerana jumlah hujan yang tinggi dalam tempoh singkat. Pada jam 1.40 pagi tadi, air telah naik dan memasuki beberapa rumah di Jalan P Ramlee dan Kampung Masjid.


"Bantuan awal pemindahan kepada mangsa ke tempat tinggi di rumah masing-masing dan bantuan pengalihan barangan dan kenderaan awam ke tempat selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Tambahnya, sehingga kini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.


"Pada jam 3 pagi tadi hujan telah berhenti dan air mulai surut.


"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.


Sementara itu, APM Daerah Seberang Perai Tengah pula melaporkan, sehingga jam 3.10 pagi Rabu, banjir kilat belum surut dan telah memasuki rumah penduduk di Taman Siakap.

Bagaimanapun, tiada penduduk dipindahkan ke PPS.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada serta mengelak melalui laluan yang dinaiki air bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


https://www.sinarharian.com.my/article/723124/edisi/utara/hujan-lebat-pulau-pinang-dilanda-banjir-kilat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.043760 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list