CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 119|Reply: 0

[Sarawak] Kastam Sarawak rampas dadah bernilai RM1.2 juta guna khidmat kurier

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:16 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menumpaskan aktiviti pengedaran dadah yang menggunakan perkhidmatan kurier dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM1.2 juta pada 14 Mac lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya, berkata sepasukan pegawai kastam daripada Cawangan Narkotik membuat rampasan satu kotak kiriman di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Eastwood Valley Industrial Park, Miri pada kira-kira 2.00 petang.

“Pemeriksaan rapi dilakukan ke atas kotak bungkusan itu telah menemukan dadah jenis ekstasi seberat 3.6 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM603,371 dan ketamin seberat 1.01 kg bernilai RM50,600,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norizan, berkata pihak kastam sekali lagi menjumpai satu kotak kiriman mengandungi dua bungkusan ekstasi yang disembunyikan bersama produk makanan seberat 3.45 kg dengan nilai anggaran RM577,653 menerusi serbuan berasingan di syarikat terbabit pada hari sama.

Beliau, berkata modus operandi sindiket ialah menggunakan perkhidmatan kurier udara dari Semenanjung ke Sarawak dengan menghantar bungkusan ke alamat tidak berpenghuni.

Kes terbabit, katanya, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan. – Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.214846 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list