CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

[Sarawak] Pendaftaran bantuan wang saku RM1,200 untuk pelajar Sarawak dibuka penghujung bulan ini

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:00 PM | Show all posts |Read mode


DR ANNUAR…..Ketika ‘Berjarah Raya’ di beberapa kediaman di Kampung Hilir, malam tadi. Foto Facebook Dr Annuar Rapa’ee

SIBU: Pendaftaran bagi bantuan wang saku berjumlah RM1,200 kepada pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara dijangka dibuka pada penghujung bulan ini, manakala pembayaran akan dibuat bermula Jun.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, memaklumkan perkara itu kepada media selepas menghadiri program ‘Berjarah Raya’ di beberapa kediaman di Kampung Hilir, malam tadi.

Menurutnya, kementeriannya telah memuktamadkan perbincangan dengan platform e-dompet S-Pay Global berkenaan kaedah pengagihan dana tersebut.

“Bantuan kewangan ini akan disalurkan dalam dua fasa, iaitu RM600 terlebih dahulu, diikuti baki RM600 kemudian,” jelasnya.

Dr Annuar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, meminta para pelajar bersabar memandangkan pelaksanaan inisiatif baharu seperti ini lazimnya mengambil sedikit masa sebelum dapat dijalankan sepenuhnya.

Inisiatif bantuan wang saku ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika ucapan penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada November tahun lalu.

Pada peringkat awal, bantuan ini disasarkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Namun, susulan maklum balas daripada ahli-ahli DUN, skopnya telah diperluas untuk merangkumi semua pelajar Sarawak, tanpa mengira latar belakang pendapatan isi rumah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.067177 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list