CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

[Sarawak] Izkandar beriltizam jadikan Sibu sebuah bandar moden, selamat dan mampan

[Copy link]
Post time 16-4-2025 10:41 AM | Show all posts |Read mode


Pengerusi MPS Clarence Ting (kiri) dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah) mengucapkan tahniah kepada Izkandar selepas pelantikan semula sebagai Timbalan Pengerusi MPS.

SIBU: Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Izkandar Roseley menegaskan komitmennya untuk terus memacu pembangunan Sibu sebagai sebuah bandar moden, selamat dan mampan susulan pelantikan semula beliau bagi penggal baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sibu, Pengerusi MPS Clarence Ting, ahli-ahli majlis serta seluruh warga Sibu atas kepercayaan yang diberikan.

“Sejak mula memegang jawatan ini pada 4 April 2023, saya telah menetapkan visi untuk membangunkan Sibu sebagai sebuah bandar di mana warisan bertemu inovasi, dan setiap warga merasakan peranan mereka dalam proses perubahan,” katanya.

Izkandar turut berkongsi beberapa pencapaian utama MPS sejak 2023, termasuk pelaksanaan penggunaan kamera badan oleh anggota penguat kuasa, penerimaan Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN (ACTCS) bagi tempoh 2024–2026, kejayaan sebagai johan Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) 2023/2024, penarafan lima bintang daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pencapaian skor penuh 100 peratus dalam Audit Kad Skor Sistem Penyampaian Perkhidmatan (SCS).

Dari segi pembangunan fizikal, beliau berkata MPS terus memberi keutamaan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan sistem saliran, selain memperindah landskap bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk penduduk.

Bagi hala tuju 2025 hingga 2028, Izkandar menegaskan bahawa MPS akan memberi fokus kepada empat teras utama, iaitu Sibu Pintar dan Berhubung, Pembaharuan Bandar yang Inklusif, Kepimpinan dalam Kelestarian Alam Sekitar, termasuk usaha mitigasi banjir, dan Diplomasi Budaya dan Penglibatan Sivik, melalui pemerkasaan acara seperti Festival Kebudayaan Borneo.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan hanya berkhidmat untuk majlis, tetapi untuk seluruh rakyat Sibu.

“Dengan semangat perpaduan, ketelusan dan tekad, kita akan terus membentuk masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru semua pihak agar berganding bahu dalam menjadikan Sibu sebuah bandar yang membanggakan.

“Kita akan terus membina sebuah bandar yang menggabungkan warisan dan inovasi bersama, untuk Sibu,” tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.101432 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list