CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 131|Reply: 0

[Sarawak] Isu guru di Sarawak diselesaikan

[Copy link]
Post time 15-4-2025 06:13 PM | Show all posts |Read mode


Sagah ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Pertandingan Inovasi Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Kota Samarahan (PinKS@uitm 2025) di Dewan Jubli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Pengambilan khas guru untuk mengisi kekosongan perjawatan itu di Sarawak diselesaikan sepenuhnya dengan kuota yang mencukupi, kata Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) itu berkata, dengan pengambilan khas guru baru-baru ini menyaksikan peningkatan jumlah guru di Sarawak.

“Untuk pengambilan masa ini, kita boleh katakan ia mencukupi dengan kuota yang ada juga sudah hampir penuh.

“Kita mempunyai jumlah guru yang tinggi, tetapi sudah pasti dari semasa ke semasa akan ada kekosongan disebabkan persaraan atau sebab-sebab lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Pertandingan Inovasi Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Kota Samarahan (PinKS@UiTM 2025) di Dewan Jubli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan, hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya, kekosongan itu juga akan diisi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mereka yang tamat pengajian dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan sebagainya.

“Jadi, isu guru di Sarawak ini sudah diselesaikan,” tegasnya.

Untuk rekod, penghujung Disember lalu, seramai 1,372 daripada 13,749 guru baharu merupakan anak Sarawak dilantik dalam pengambilan khas dan berjaya ditempatkan di seluruh negeri ini.

KPM dalam kenyataan sebelum ini berkata pelantikan ini merupakan hasil usaha proaktif pihaknya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi menangani isu kekurangan guru.

Roland turut memaklumkan, berdasarkan data Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, sebanyak 96 peratus sekolah di negeri ini mempunyai tenaga pengajar untuk subjek-subjek sedia ada.

Katanya, secara purata, hanya terdapat satu kekosongan guru bagi setiap sekolah. Sarawak mempunyai lebih 1,200 sekolah, termasuk sekolah rendah dan menengah.

Jelasnya, beliau berharap agar siswazah dari IPG yang bakal menamatkan pengajian dapat mengisi kekosongan ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.447794 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list