CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 106|Reply: 0

[Sabah] Kes Bunuh Pemandu E-Hailing: Bekas Isteri Dipenjara 20 Tahun

[Copy link]
Post time 15-4-2025 05:57 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU, 14 April (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Nurima Juli selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bekas suaminya Nurman Bakaratu dua tahun lepas.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh pendakwaan semula tertuduh pada 26 April tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Lim berkata hukuman itu mengambil kira kepentingan awam, fakta kes dan pengakuan bersalah tertuduh sebelum perbicaraan bermula.

Sementara itu, adik tiri tertuduh Sadam Kiram dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pilihan yang sama mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pilihan, Nurima, 35, dan Sadam, 30. didakwa menyebab kanematian Nurman, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada 13 Jan 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh didenda.

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggugurkan pertuduhan itu.

Nurima sebelum ini menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes bunuh Nurman yang turut membabitkan bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain serta tujuh individu lain.

Bagaimanapun, semua tertuduh dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan tidak meneruskan kes berkenaan susulan pengakuan Nurima yang menyatakan dia menikam mangsa ketika berada dalam kereta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P Kunyalam dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim, manakala Nurima diwakili peguam Mark Rosaidey Mohd Amin dan Sadam diwakili peguam Jhassary P Kang.

— BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046487 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list