CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

[Sarawak] Premier luah rasa kecewa beberapa projek tidak berjalan lancar

[Copy link]
Post time 15-4-2025 11:36 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail BERNAMA

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan.

Beliau katanya tidak mengetahui di mana kelemahan perkara berkenaan memandangkan dana sudah diberikan tetapi projek di lapangan tidak dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

“Peruntukan sudah diberi, nampaknya di lapangan tidak dilaksanakan dengan secepat mungkin. Maka saya minta kepada agensi yang menyelaras memantau pelaksanaan projek untuk turun padang.

“Asalkan projek sudah diumumkan oleh saya serta rakan Kabinet lain, kita telah memberi peruntukan dan ia harus dijalankan dengan segera,” katanya berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2025 Jabatan Premier Sarawak di sini, hari ini.

Beliau turut memberi contoh projek perluasan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK 2) yang telah ditetapkan untuk siap menjelang April 2028 sempena penganjuran International Water Conference.

Katanya, projek itu perlu dilaksanakan tanpa kelewatan memandangkan ia melibatkan reputasi antarabangsa.

“Kalau lambat (siap), malu kita. Kita dah menang bida jadi tuan rumah, kalahkan negara lain. Tapi kalau siap awal, ia akan beri impak besar kepada imej dan ekonomi negeri,” ujarnya.

Beliau menekankan bahawa struktur pentadbiran dan agensi pelaksana mesti turun padang bagi memastikan projek berjalan lancar.

Abang Johari berkata tiada alasan untuk kelewatan kerana mandat dan dana telah diberikan.

“Selagi projek diumumkan dan peruntukan diluluskan, ia mesti dilaksana cepat. Agensi pelaksana kena turun ke lapangan. Jangan tunggu-tunggu,” tegas beliau.

Katanya ia turut memperkukuh rasional di sebalik penyusunan semula Kabinet Negeri, iaitu bagi memastikan pelaksanaan projek strategik Sarawak berjalan lancar, pantas dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita semua kena kerja keras. Bukan hanya pegawai, menteri pun kerja masa hujung minggu dan masa raya. Sambil raya, sambil bincang,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa fokus utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah pelaksanaan projek mega strategik termasuk pembangunan lapangan terbang baharu dan pelabuhan laut dalam, selari dengan transformasi ekonomi negeri ke arah ekonomi maju.

Katanya, menjelang fasa baharu pembangunan, Sarawak tidak lagi akan memberi penekanan besar terhadap pembinaan asas seperti jalan raya dan jambatan kerana majoritinya telah disiapkan di bawah perancangan sebelumnya.

Abang Johari menggesa kerjasama erat antara sektor perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan menepati jadual.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta menteri-menteri Kabinet lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.034303 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list