
Debbie (tiga kiri) menyampaikan plak dan sijil pengiktirafan MyTQA kepada Laing (dua kanan) hari ini.
KUCHING: Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak telah menganjurkan Majlis Penyampian Plak dan Sijil Pengiktirafan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi Produk Pelancongan Wind Cave dan Fairy Cave di Bau.
Pihaknya dianugerahkan pengiktirafan Silver Award oleh Pengarah MOTAC Negeri Sarawak Debbie Jenggut Nyelang di Bilik Mesyuarat Pejabat MOTAC Negeri Sarawak hari ini.
Bersama beliau adalah Penolong Pengarah Zurina Zainal Abidin Shah.
Manakala SFC telah diwakili Ketua Ekopelancongan dan Pembangunan Perniagaan Shirley Lyn Michael Gais, Pengurus Wilayah Alfonso Mckenzie Simon dan Warden Taman Gua Angin dan Rizab Semula Jadi Gua Fairy Laing Lesley Ului.
“MOTAC Sarawak berharap agar usaha murni seperti penglibatan pemain industri dalam pengiktirafan MyTQA dapat memberi manfaat kepada Industri pelancongan negara dan memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia khususnya menjelang Visit Malaysia Year 2026,” kata Debbie ketika berucap.
|