CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan jalan akses melalui Stakan diharap mengurangkan kesesakan di Kota Samarahan

[Copy link]
Post time 15-4-2025 10:12 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bersama Hamzah merakam kenangan bersama tetamu yang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Stakan hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Pembinaan jalan akses termasuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) melalui kawasan Stakan diharap dapat mengurangkan sedikit kesesakan jalan di Kota Samarahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim berkata, projek berkenaan yang merentasi kawasan Stakan sehingga ke Jalan Datuk Mohd Musa kini sedang giat dilaksanakan dan berjalan lancar.

“Projek ini adalah salah satu perancangan kerajaan bagi memastikan lebih banyak jalan keluar masuk kawasan Kota Samarahan sekali gus mengurangkan sedikit kesesakan.

“Saya dimaklumkan pihak kontraktor bahawa projek berjalan dengan baik dan saya akan turun padang bekerjasama dengan kontraktor dalam masa terdekat untuk melihat perkembangan projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di pejabat Pusat Khidmat ADUN Stakan yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Hamzah berkata, projek di bawah kerajaan persekutuan dan dimohon oleh kerajaan negeri itu dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini atau tahun depan.

Katanya beliau berharap penyiapan jalan berkenaan akan menyediakan banyak lagi jalan alternatif ke Kota Samarahan dan mengurangkan kesesakan di kawasan itu.

Sementara itu dilaporkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei tahun lepas, jalan penghubung dari kawasan Stutong ke Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan yang bernilai RM266 juta dijangka siap pada suku kedua tahun 2025.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, jalan tersebut sebahagian daripada projek pembinaan jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Jalan penghubung berkenaan melibatkan pembinaan tiga jambatan konkrit dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) juga antara projek yang sedang dilaksanakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047552 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list