CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

[Kedah] Ugut sebar video bogel, pencuci kereta dipenjara 7 bulan

[Copy link]
Post time 14-4-2025 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Ugut sebar video bogel, pencuci kereta dipenjara 7 bulan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 14, 2025 @ 4:14pm bhnews@bh.com.my





Mahkamah memutuskan Muhammad Haiqdil (tengah) dipenjara tujuh bulan kerana mengugut untuk menyebarkan video bogel seorang wanita. NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI




ALOR SETAR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan kepada seorang lelaki pencuci kereta selepas mengaku bersalah memeras ugut seorang wanita untuk menyebarkan video bogelnya.

Tertuduh, Muhammad Haiqdil Abdul Rani, 30, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa sengaja menimbulkan ketakutan dalam diri mangsa berusia 30 tahun dengan mengugut untuk mengedarkan video bogel, menyebabkan mangsa memindahkan wang RM2,510 kepadanya kerana takut.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kampung Titi Haji Idris, Tajar, Kota Setar, kira-kira jam 10.30 malam, pada 7 April lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda, sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Jayasri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Jayasri meminta mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan dengan menekankan mangsa diperas ugut berulang kali menyebabkan kesejahteraan mentalnya terjejas.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya hukumannya diringankan kerana hanya bekerja sebagai pencuci kereta dengan pendapatan RM30 sehari dan perlu menyara ibunya serta enam adik-beradik lain.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan mulai tarikh dia ditahan dan mengarahkan telefon bimbitnya dilupuskan.

Tertuduh dibawa ke Penjara Pokok Sena untuk menjalani hukuman itu.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1384324/ugut-sebar-video-bogel-pencuci-kereta-dipenjara-7-bulan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.080157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list