CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95|Reply: 0

[Sabah] Yayasan Pengguna Sabah sambut baik pengurangan tarif

[Copy link]
Post time 14-4-2025 11:29 AM | Show all posts |Read mode


DAVID

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia (Cawangan Sabah) menyambut baik keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif import ke atas Malaysia daripada 24 peratus kepada 10 peratus.

Pengerusi Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia (Cawangan Sabah), David Chan berkata, langkah itu dijangka membawa lebihan dalam perdagangan dan membuka peluang untuk menstabilkan harga barangan pengguna di negara ini.

Katanya, kebanyakan negara ASEAN tidak mengambil tindakan balas terhadap penyesuaian tarif ini, sekali gus memberi ruang kepada Malaysia untuk menyesuaikan dasar perdagangan demi kepentingan pengguna tempatan.

"Kami menyeru agar lebihan yang terhasil daripada pengurangan tarif ini disalurkan kepada langkah-langkah yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat, terutamanya dalam sektor makanan dan barangan keperluan asas," katanya.

Pihaknya juga menggesa pihak berkuasa untuk memastikan ketelusan dalam pengurusan lebihan ini dan memastikan manfaatnya dirasai oleh semua lapisan masyarakat, termasuk peniaga kecil dan golongan berpendapatan rendah.

"Kami akan terus memantau perkembangan ini dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada pengguna," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.040395 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list