CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari, isteri kunjungi rumah terbuka Setiausaha Kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 14-4-2025 10:34 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari serta isteri, Juma’ani merakam gambar kenangan bersama Mohamad Abu Bakar dan ahli keluarganya pada majlis rumah terbuka di kediaman Setiausaha Kerajaan Sarawak itu. -Gambar UKAS

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan tradisi kunjungan Aidilfitri dengan menghadiri majlis rumah terbuka di kediaman Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di sini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ketibaan Abang Johari pada jam 8.25 malam  Jumaat, disambut oleh Mohamad Abu Bakar dan isteri, Datin Amar Baduyah Bujang bersama ahli keluarganya.

Selain itu, suasana majlis dimeriahkan dengan kehadiran para tetamu kehormat dan jemputan khas daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman serta Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dato Hilmy Othman menambah seri majlis dan mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin negeri.

Majlis rumah terbuka ini bukan sahaja menjadi medan pertemuan pemimpin dan rakyat, malah turut memperkukuhkan ikatan silaturahim dalam suasana Hari Raya Aidilfitri yang penuh keberkatan.

Kunjungan ini turut mencerminkan komitmen Premier Sarawak dalam merapatkan hubungan bersama kepimpinan kerajaan negeri serta rakyat pelbagai latar belakang, seiring usaha membina negeri yang aman, makmur dan harmoni.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038615 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list