CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 120|Reply: 0

[Sabah] Perpaduan dan keharmonian kaum asas pembangunan negara

[Copy link]
Post time 12-4-2025 10:27 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Perpaduan dan keharmonian antara kaum merupakan asas utama dalam menjamin kestabilan dan pembangunan negara yang berterusan.



Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata, sebagai sebuah parti yang mempromosi perpaduan dan integrasi nasional, penganjuran Rumah Terbuka seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baharu Cina dan Kaamatan akan terus dilaksanakan.



“Penganjuran majlis rumah terbuka sempena perayaan-perayaan keagamaan dan kebudayaan menjadi tradisi UPKO, dengan tujuan meraikan kepelbagaian budaya.



“UPKO sentiasa menjunjung tinggi semangat perpaduan serta keharmonian antara kaum dan agama. Sebab itu kita konsisten menganjurkan sambutan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan dan Hari Orang Asal,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran UPKO Bahagian Libaran di sini, hari ini.



Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut memuji usaha UPKO Libaran yang diketuai oleh Dr Peter Naintin atas inisiatif menganjurkan sambutan kali ini memandangkan bahagian itu mempunyai keahlian besar dalam kalangan umat Islam.



“Walaupun beliau (Dr.Peter) beragama Kristian tetapi timbalannya beragama Islam dan Libaran adalah Bahagian parti yang mempunyai keahlian yang paling ramai menyambut Raya, sebab itu sambutan Rumah Terbuka Hari Raya dianjurkan di Libaran,” katanya.



Beliau turut menggesa seluruh ahli UPKO serta rakyat Sabah supaya menjadi duta perpaduan, contoh terbaik kepada semangat kebersamaan dan saling menghormati antara kaum serta agama.



“Kita mahu Sabah terus menjadi contoh kepada negara dalam hal perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama,” katanya.



Ewon juga berkongsi inisiatif-inisiatif Kerajaan MADANI khususnya yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi-agensi di bawahnya yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat pelbagai lapisan masyarakat.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062492 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list