CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 1

Influencer TikTok hampir disengat kala jengking, diganggu ular hitam depan rumah!

[Copy link]
Post time 9-4-2025 12:20 PM | Show all posts |Read mode


SUDAH menjadi trend masa kini, siapa terlebih dahulu update di media sosial, dialah yang paling hebat.

Maka tidak hairanlah apabila ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan 'takhta' FYP (for your page) di platform TikTok.

Malah demi populariti, ada yang sanggup mengetepikan adab susila seterusnya membuka aib orang lain.

Perkara sama dilakukan Anisah kerana cita-citanya ingin mendapatkan pengikut yang ramai di media sosial selepas meluahkan hasrat untuk berhenti kerja sebagai kerani kewangan di sebuah syarikat di Seri Kembangan, Selangor.

Darah muda yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia berani untuk menjejakkan kaki di lokasi-lokasi kemalangan yang berlaku berhampiran tempat tinggalnya meskipun melibatkan kematian.

Kebiasaannya, Anisah mengambil gambar dan video kemalangan yang berlaku untuk dikongsikan di media sosial.


Sejak kebelakangan ini Anisah menjadi lebih agresif apabila dia semakin berani berkongsi gambar kemalangan melibatkan keadaan mangsa tanpa mengaburkan wajah atau kesan kecederaan.

Tambahan pula terdapat permintaan dan galakan daripada pengikut yang meminta dia berkongsi video berkaitan keadaan mangsa.

Bermula dengan insiden motosikal biasa, Anisah mula merakam keadaan mangsa kemalangan maut yang mengerikan seperti tersepit dalam kenderaan mahupun digilis treler.

Perkongsian itu membuatkan jumlah pengikutnya bertambah sehingga mencecah ratusan ribu pelayar.

Semakin rancak berkongsi video dan gambar, Anisah tidak menyangka dia akhirnya terkena badi salah seorang mangsa kemalangan.



Pada awalnya, dia menganggap gangguan ular hitam, lipan bara dan kala jengking yang selalu memasuki kawasan rumahnya adalah kebetulan.

Namun selepas dia hampir disengat kala jengking dan kerap bermimpi dikejar lembaga berwajah hodoh, Anisah mula bercerita kepada rakan serumahnya, Rania.

Apa yang menghairankan adalah Rania tidak pernah melihat kesemua haiwan berbisa itu.

"Aku tak pernah lagi nampak haiwan berbisa yang kau cakapkan tu... mungkin ada yang mengganggu atau kau terkena badi mayat.



"Kan aku dah pesan supaya kau berhati-hati dan tak mendekati mangsa, manalah tahu ada yang mempunyai jin atau mengamalkan perkara tidak baik," luah Rania cuba menasihati rakannya itu.

Gangguan berterusan yang diterima membuatkan Anisah mula mengurangkan aktivitinya ke lokasi kemalangan dan berkongsi video atau gambar di media sosial.

Bimbang situasi aneh terus menghantuinya, Anisah mula mendapatkan rawatan daripada seorang ustazah yang dikenalkan Rania.

Kepada ustazah dia menceritakan apa yang berlaku dan dialami sehinggalah kejadian hampir disengat kala jengking.

Susulan itu, ustazah menyatakan dia terkena badi mayat yang mengamalkan ilmu hitam serta mempunyai qarin (teman atau pendamping).

Bagaimanapun, ustazah menyatakan bahawa gangguan yang dialami itu bukanlah kerana ingin mencari 'tuan' baharu sebaliknya mahu Anisah memadam semua gambar dan video kemalangan yang dimuat naik ke laman sosial.

Terpaksa akur dengan perkara tersebut, Anisah akhirnya memadam semua gambar dan video kemalangan kerana tidak mengetahui mangsa yang mana mengamalkan ilmu hitam seperti dinyatakan ustazah.

Malah dia turut menyahaktif akaun TikTok serta beberapa media sosialnya. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 08:12 AM | Show all posts
Tu la kemaruk sngt nk FYP pun. Cer tnya fotografer media yg koje dorg dok amek pic kemalangan. Pernah ada yang diekori. Pernah kamera rosak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.038648 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list