CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 94|Reply: 0

[Sabah] Jambatan Senagang Lama Kini Dibuka, beri kelegaan kepada penduduk

[Copy link]
Post time 7-4-2025 05:09 PM | Show all posts |Read mode


SIAP: Beginilah keadaan terkini Jambatan Senagang Lama yang siap dibaik pulih yang kini boleh digunakan oleh para penduduk.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman memuji tindakan pantas Jabatan Kerja Raya (JKR) Keningau kerana telah membaik pulih Jambatan Senagang Lama.

Usaha itu telah memberi kelegaan kepada penduduk setempat dan sekitarnya yang bergantung dengan laluan itu, dan pembaikan yang dilakukan JKR telah membolehkan jambatan itu dilalui oleh semua kenderaan.

Annuar berkata, kemudahan itu (jambatan) amat penting lebih-lebih lagi kepada penduduk untuk kegiatan harian sama ada ke sekolah, ke pekan atau ke pusat pentadbiran daerah.

Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada JKR atas tindakan segera mereka bagi membaiki kemudahan yang amat diperlukan rakyat,” katanya.

Sebelum ini jambatan terbabit mengalami kerosakan telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung terutama aspek berkaitan keselamatan yang dikhuatiri akan menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka.

Projek pembaikan itu turut dipantau secara dekat oleh pejabat ADUN Liawan sejak awal bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual dan memenuhi keperluan rakyat setempat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list