CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 98|Reply: 0

[Sarawak] Pelabur digalak melabur dalam sektor perhotelan

[Copy link]
Post time 7-4-2025 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Ia bagi menampung peningkatan kehadiran pelancong yang datang berkunjung ke Sarawak, kata Karim



Abdul Karim (tengah) bergambar bersama Presiden Persekutuan Persatuan China Kuching, Kota Samarahan dan Serian Dato Richard Wee (empat kanan) serta tetamu lain yang datang ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran kementerian beliau di sebuah hotel di Kuching hari ini. Turut kelihatan Ripin (dua kiri).

KUCHING: Syarikat korporat atau pelabur digalak melabur dalam sektor perhotelan baharu di Sarawak bagi menampung kehadiran pelancong yang datang berkunjung ke Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau akan membawa isu ini kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar memudah cara permohonan pembinaan hotel baharu di negeri ini memandangkan hotel yang ada tidak berupaya menampung jumlah pelancong yang semakin meningkat saban hari dan minggu.

"Saya akan mengutarakan isu ini kepada Premier (Abang Johari) bahawa jika ada permohonan untuk pembinaan hotel baharu harus diutamakan dan diberi kebenaran.

"Ini kerana rancangan kita bukan setakat setahun dua ini malah untuk lima tahun, 10 tahun akan datang dan sudah pasti kehadiran pelancong juga sentiasa bertambah terutama jika ada acara besar dan bersifat antarabangsa di negeri ini terutama di Kuching," katanya.

Terdahulu, Abdul Karim diminta mengulas persediaan Sarawak sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 semasa Rumah Terbuka anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan di sebuah hotel di sini hari ini.

Tambahnya, beliau sangat teruja bahawa sasaran kementeriannya yang menyasarkan kehadiran lima juta pelancong pada penghujung 2025 akan tercapai bertitik tolak daripada jumlah pelancong yang sangat menggalakkan untuk dua bulan pertama tahun ini.

"Untuk bulan Januari dan Februari ini sahaja kita mencatat sejumlah 810,345 orang pelawat. Bermakna setiap bulan angka pelawat tidak kurang 400,000 orang.

"Untuk Mac kita belum dapat angka namun saya sangat optimis bahawa angka itu tidak berkurangan malah sentiasa meningkat dan kita menjangkakan pada Jun kita makin menghampiri angka lima juta pelawat ke Sarawak," tegasnya.

Sehubungan itu, Abdul Karim sangat berterima kasih kepada banyak pihak terutama kerajaan negeri dan pengusaha pelancongan di negeri ini yang senantiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi setiap kali berlangsung acara anjuran kementerian beliau.

"Apa sahaja program yang kita anjur sentiasa mendapat kerjasama semua pihak justeru memudahkan kita mempromosikan bidang pelancongan kita termasuk Malaysia seperti pelancongan perubatan, pelancongan bersifat kebudayaan, pendidikan serta program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) dan sebagainya," ujar Karim.

Hadir sama, dua timbalan beliau, Datuk Dr Ripin Lamat dan Datuk Snowdan Lawan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.038599 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list