
Vesel penumpang yang ditahan APMM Miri atas pelbagai kesalahan. (Gambar sisipan) Kru dan penumpang yang ditahan. - Gambar APMM Miri
MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah vesel penumpang pada kedudukan lebih kurang 3.7 batu nautika barat daya Kuala Baram atas pelbagai kesalahan semasa diperiksa.
Menurut Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, vesel penumpang telah ditahan pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan OP PERMAI 01/2019, OP NAGA TIMUR, OP TIRIS 3.0 dan OP KHAS PAGAR LAUT 1/2025 sekitar pukul 9.25 awal pagi kelmarin.
Katanya lagi, vesel penumpang tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1953 iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan dan kesalahan di bawah Kaedah Bot 1953 iaitu gagal mengemukakan lesen yang sah semasa diperiksa.
Vesel beserta kru dan seorang penumpang warganegara tempatan berumur di antara 53 tahun dan 65 tahun telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV), Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan selanjutnya.
Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111, serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 / 082-432016 bagi tindakan segera.
|