CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 55|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan jamin bekalan tenaga kekal stabil

[Copy link]
Post time 7-4-2025 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Kebocoran gas di Selangor baru-baru ini tidak jejas kestabilan bekalan elektrik secara keseluruhan: Fadillah



Abang Johari turut bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilftri dan diiringi Fadillah (belakang). - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan tenaga kekal stabil meskipun terdapat gangguan akibat kebocoran gas yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkata walaupun sebahagian jana kuasa bergantung kepada gas, insiden tersebut tidak menjejaskan kestabilan bekalan elektrik secara keseluruhan.

“Kebocoran yang berlaku menyebabkan sebahagian saluran gas terpaksa ditutup, namun berdasarkan laporan terkini, kita masih dapat memastikan bekalan tenaga kekal stabil sepanjang tempoh kritikal ini.

“Kerajaan akan meneliti langkah tambahan sekiranya bekalan gas ke jana kuasa tertentu tidak dapat dipulihkan dalam tempoh terdekat.

“Minggu depan, kita akan menilai langkah-langkah lain untuk memastikan kelangsungan bekalan tenaga. PETRONAS juga sedang mencari jalan bagi memastikan bekalan gas terus tersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau bersama isteri, Datin Sri Ruziah Mohd Tahir di sini, hari ini.

Tambah Fadillah, sebagai langkah persediaan, kerajaan akan menghidupkan semula jana kuasa lama yang tidak bergantung kepada gas bagi memastikan khasnya bekalan tenaga di Lembah Klang tidak terjejas.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa tragedi kebocoran gas berkenaan dan menyatakan bahawa siasatan penuh sedang dijalankan.

Katanya apa yang menjadi keutamaan kini adalah memastikan proses menyelamat berjalan lancar.

“Proses menyelamat telah selesai dan mangsa yang cedera telah menerima rawatan di hospital.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah melawat lokasi kejadian dan mengumumkan bantuan kepada mereka yang kehilangan rumah serta kenderaan akibat insiden ini,” katanya.

Berkaitan bantuan kepada mangsa, Fadillah berkata kerajaan sedang menunggu hasil siasatan sebelum memuktamadkan bentuk bantuan yang akan diberikan.

“PETRONAS, syarikat insurans dan agensi berkaitan akan menilai bentuk bantuan yang sesuai. Selain itu, Persatuan Bank juga telah mengumumkan kemudahan serta bantuan kepada peminjam yang terjejas, termasuk mereka yang perlu membina semula rumah mereka,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai dakwaan bahawa kerja-kerja menanam cerucuk di kawasan kejadian mungkin menjadi punca insiden.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Jangan buat andaian sehingga siasatan selesai sepenuhnya,” tegasnya.

Sementara itu majlis rumah terbuka beliau menyaksikan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi sebagai tetamu kenamaan.

Turut hadir sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta menteri-menteri kabinet lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056754 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list