CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

[Sarawak] Bekas Pengarah Mahkamah Sabah selamat dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana

[Copy link]
Post time 7-4-2025 02:48 PM | Show all posts |Read mode




Ahli keluarga menurunkan keranda mendiang sambil disaksikan oleh ratusan ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan rapat.
SIBU: Bekas Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, mendiang Marutin Pagan, 56, telah dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana di sini pagi tadi.

Ratusan orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara, rakan dan rakan sekerja hadir di taman peringatan tersebut untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Nixon Kennedy Kumbong, Hakim Mahkamah Sesyen, Stella Augustine Druce; dan bekas hakim, Caroline Bee Majanil.

Upacara penghormatan terakhir telah diadakan selama dua malam di Rumah Jurai di Batu 11, Jalan Oya di sini.

Marutin maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di bulatan Kanowit di Jalan Kanowit/Julau/Durin dekat sini pada hari Ahad.

Beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu anak perempuannya berusia 28 tahun.

Marutin bersama isterinya dan tiga orang anak perempuan sedang dalam perjalanan dari Kanowit ke Sibu selepas melawat bapa beliau yang sedang sakit di Machan apabila kenderaan mereka dilanggar oleh SUV lain di bulatan tersebut.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan SUV itu terbalik dan salah seorang penumpangnya, berumur 56 tahun, telah tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seorang lelaki warga China berusia 42 tahun telah ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, adik bongsu Marutin, Maria Pagan berkata abangnya dan keluarga sering melawat ibu bapa mereka di Machan pada hujung minggu.



Isteri mendiang menyempurnakan penghormatan terakhir dalam suasana penuh hiba.

“Kebiasaannya mereka datang pada waktu pagi dan pulang ke Sibu pada sebelah petang,” katanya ketika ditemui di upacara pengebumian.

Beliau turut memaklumkan bahawa bapa mereka yang terlantar sakit masih belum dimaklumkan mengenai pemergian Marutin.

Marutin merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik

Dalam pada itu, Nixon menyifatkan mendiang sebagai seorang tokoh yang berintegriti tinggi, tegas dalam menjalankan tugas.

Katanya, mendiang juga sentiasa menasihati kakitangan agar mematuhi undang-undang dan melaksanakan tanggungjawab dengan jujur.

“Tiada jalan pintas dalam kerja beliau. Segalanya mesti mengikut peraturan.

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat kami semua,” katanya.

Ujarnya lagi, pemergian Marutin bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarganya, malah turut memberi kesan mendalam kepada rakan sekerja dan masyarakat perundangan yang mengenalinya sebagai seorang yang berwibawa serta berdedikasi tinggi dalam memperjuangkan keadilan.

Dilahirkan pada tahun 1969 Marutin memulakan kerjayanya sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kuching pada 15 Mac 1995 sehingga 2001, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur sebagai Pegawai Pendaftar sehingga tahun 2006.

Pada pertengahan tahun 2006, mendiang kembali ke Kuching untuk memegang jawatan Hakim Mahkamah Sesyen.

Sepanjang perkhidmatannya, mendiang pernah bertugas di beberapa lokasi termasuk Bintulu (2007–2011), Kuching (2011), Miri (hingga 2016) dan Samarahan (2016–2017).

Pada tahun 2017, Marutin dinaikkan pangkat ke Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA C) dan kembali berkhidmat di Kuching.

Pada tahun 2021, mendiang berpindah ke Sibu dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Sabah pada Ogos 2024.


Isteri dan anak-anak mendiang Marutin Pagan merakamkan gambar di pusara beliau di Taman Peringatan Nirvana, pagi tadi.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/02/bekas-pengarah-mahkamah-sabah-selamat-dikebumikan-di-taman-peringatan-nirvana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.054621 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list