CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 93|Reply: 0

[Sarawak] Kereta terbakar selepas langgar pokok, pemandu dan penumpang selamat

[Copy link]
Post time 7-4-2025 02:41 PM | Show all posts |Read mode




Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut.

MIRI: Seorang pemandu dan penumpang berselisih maut dan hanya mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaiki keduanya melanggar sebatang pokok lalu terbakar, dalam kejadian yang berlaku pada petang Isnin lalu, berhampiran lampu isyarat Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau, di sini.  

Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu oleh mangsa, Muhd Nursyafik Ramli, 31, telah terbabit dalam kemalangan dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan,
Ekoran kemalangan tersebut, kereta yang dipandu mangsa telah terbakar 90 peratus.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataannya di sini, memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang dan berkejar ke tempat kejadian bersama lapan anggota dan sebuah jentera pemadam api.  

Anggota bomba telah bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula pam jentera serta sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Operasi tamat pada jam 6.10 petang.

Komander Operasi melaporkan kedua-dua mangsa yang cedera telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi dan telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan ambulans.

Pemandunya mengalami kecederaan sakit di bahagian dada, manakala penumpangnya, Nurnatasha Abdullah, 32, mengalami kecederaan patah kaki.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045207 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list