CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

[Sabah] Pengguna jalan raya diminta sentiasa berhati-hati

[Copy link]
Post time 7-4-2025 11:41 AM | Show all posts |Read mode


SHAHELMEY

KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya diminta sentiasa berhati-hati selepas kejadian bongkah batu besar yang runtuh pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya berkata, berikutan itu satu langkah keselamatan telah diaktifkan di laluan berhampiran Jalan Buli Sim-Sim.

Katanya, pihak terlibat terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memastikan langkah berjaga-jaga akan terus diambil.

“Setiap kali ada kejadian tanah runtuh ataupun batu terjatuh seperti demikian, pihak JKR melalui jurutera daerah dan juga sekiranya ada konsesi yang dilantik terlibat dalam kawasan itu, mereka akan mengenakan ataupun mengaktifkan apa yang kita panggil ‘Emergency Response Team’ (ERT).

“Jadi perkara pertama yang akan diambil adalah untuk memastikan bahawa tempat kejadian itu, tahap keselamatan diaktifkan, kalau di atas jalan raya macam kes ini batu besar jatuh atas jalan raya maka pihak JKR akan memastikan bahawa keselamatan dan hasil daripada runtuhan itu masih dikawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pada ketika ini pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu.

Katanya, kejadian itu mungkin disebabkan oleh cuaca basah dan hujan berterusan.

“Tapi punca-punca teknikal nanti kita tunggulah apa laporan yang akan dilaksanakan, jadi kita menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutama yang melalui kawasan-kawasan cerun yang mungkin kurang stabil disebabkan oleh taburan hujan yang agak tinggi untuk sentiasa berhati-hati,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.127100 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list