CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Jangan letak ubat gigi, krim atau losyen pada bahagian melecur - Pakar

[Copy link]
Post time 3-4-2025 10:03 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Individu yang melecur akibat kebakaran dinasihatkan tidak membuat rawatan sendiri dengan meletakkan sebarang jenis krim, losyen atau ubat gigi pada bahagian atau anggota badan yang mengalami kecederaan itu.

Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Setapak Dr D Suhash berkata, bahan-bahan berkenaan tidak selamat digunakan pada bahagian yang melecur selain akan merumitkan proses rawatan oleh petugas kesihatan kelak.

"Saya nasihatkan jangan buat rawatan sendiri tanpa ilmu, bahan-bahan seperti krim ini bila sudah diletakkan pada bahagian terbabit, bila hendak dibersihkan luka tersebut, ia akan merumitkan keadaan dan boleh menyebabkan luka dijangkiti kuman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan topik 'Kepentingan Asas Bantuan Kecemasan' menerusi slot Reaksi di Bernama Radio hari ini.

Dr Suhash berkata individu yang melecur boleh membasuh atau mengalirkan air paip dengan suhu bilik pada bahagian terbabit selama 15 hingga 30 minit sehingga panas berkurangan.

Beliau berkata bagi mereka yang mengalami lecuran tahap satu dan dua, bahagian atau anggota badan terbabit boleh dibalut dengan kain bersih atau kain basah sebelum ke pusat perubatan terdekat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056736 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list