CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

Tak perlu kamera mahal, guna telefon pun boleh hasilkan gambar raya estetik... Boleh cuba tutorial ini

[Copy link]
Post time 31-3-2025 03:45 PM | Show all posts |Read mode

TIDAK lengkap sambutan Aidilfitri tanpa rakaman foto outfit of the day (OOTD) bersama keluarga dan sahabat handai.

Jadi apa kata anda jadikan momen indah itu lebih manis dan bermakna dengan menghasilkan foto yang cantik untuk tatapan di kemudian hari.

Namun jangan risau, anda boleh menghasilkan gambar raya yang menarik walaupun menggunakan kamera telefon sahaja dengan mengikuti tip di bawah:

1. Kawal pencahayaan semula jadi

Pastikan pencahayaan semula jadi diatur dengan baik agar subjek kelihatan terserlah tanpa membelakangi cahaya (backlight).

Jika latar belakang terlalu terang, kurangkan intensiti cahaya pada kamera, manakala jika terlalu redup, gunakan ciri penyesuaian exposure.

2. Guna teknik 'Rule of Thirds'

Ciri ini membahagikan skrin kepada sembilan segmen untuk menempatkan subjek pada titik persilangan atau sepanjang garis grid.

Teknik ini membantu mendapatkan komposisi foto yang seimbang dan mencipta gambar yang menarik.

3. Pilih sudut (angle) gambar yang sesuai

Pilih sudut penggambaran yang stabil dan sesuai, seperti high angle untuk merakam suasana keluarga berkumpul dengan hidangan raya.

Pastikan latar belakang dan elemen sekeliling seimbang agar foto kelihatan lebih menarik.

Gunakan tripod atau gimbal stabilizer untuk mengelakkan gambar kabur dan mendapatkan hasil berkualiti profesional.

4. Aktifkan mod High Dinamic Range (HDR)

Mod ini membantu menyesuaikan pencahayaan dan menggabungkan beberapa gambar dengan tahap eksposur berbeza untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas.

Ia sangat berguna dalam keadaan cahaya terang atau kontras tinggi, seperti di bawah matahari terik.

5. Aktifkan mode burst

Mod ini dapat mengambil beberapa gambar secara berterusan dalam masa singkat, sesuai untuk rakam momen yang lebih hidup dan spontan seperti candid.

Ia sangat berguna untuk menangkap detik-detik pantas, tetapi memerlukan storan dan bateri yang besar.

4. Aktifkan mod High Dinamic Range (HDR)

Mod ini membantu menyesuaikan pencahayaan dan menggabungkan beberapa gambar dengan tahap eksposur berbeza untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas.

Ia sangat berguna dalam keadaan cahaya terang atau kontras tinggi, seperti di bawah matahari terik.

5. Aktifkan mode burst

Mod ini dapat mengambil beberapa gambar secara berterusan dalam masa singkat, sesuai untuk rakam momen yang lebih hidup dan spontan seperti candid.

Ia sangat berguna untuk menangkap detik-detik pantas, tetapi memerlukan storan dan bateri yang besar. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Category: Hobi & Koleksi

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.058911 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list