CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 1

[Pulau Pinang] 5 beranak kemalangan selepas pulang beli kelengkapan Hari Raya

[Copy link]
Post time 30-3-2025 11:12 AM | Show all posts |Read mode
5 beranak kemalangan selepas pulang beli kelengkapan Hari Raya

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 30, 2025 @ 9:01am




Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menyelamatkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan lima sekeluarga di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini. - Foto JBPM



GEORGETOWN: Kegembiraan lima sekeluarga membeli kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri nyaris bertukar tragedi selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, seorang wanita tersepit di tempat duduk penumpang bahagian depan dan cedera di kaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 10.32 malam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak yang diketuai Azman Ibrahim ke lokasi selepas maklumat diterima.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kereta Proton Wira terbabas di tepi jalan dan membabitkan lima mangsa.

"Empat daripadanya diselamatkan orang awam dan tidak mengalami kecederaan manakala seorang wanita berusia 55 tahun tersepit di bahagian tempat penumpang," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Mohamad Shoki berkata, pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa selamat 30 minit.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh St John Ambulans Malaysia (SJAM) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan operasi penyelamatan ditamatkan jam 11.13 malam," katanya.

Pihak bomba difahamkan bahawa sekeluarga berkenaan baharu sahaja pulang daripada membeli kelengkapan raya di sebuah pusat beli belah sebelum terbabit kemalangan dalam perjalanan ke rumah.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1378647/5-beranak-kemalangan-selepas-pulang-beli-kelengkapan-hari-raya





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2025 11:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066842 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list