View: 276|Reply: 0
|
Selamatkan warga emas dibelasah lelaki penghantar makanan, DJ Tukutz dipuji berani
[Copy link]
|
|
KEBERANIAN anggota kumpulan hip hop Epik High, iaitu DJ Tukutz menyelamatkan seorang warga emas dari dipukul di sebuah kompleks pangsapuri Gangnam Seoul meraih pujian ramai.
Memetik laporan Koreaboo, DJ Tukutz dengan berani menghalang perbalahan yang berlaku di antara warga emas itu dengan seorang penghantar makanan.
Tindakan berani itu membuatkan penghantar makanan lari dari tempat kejadian namun warga emas tersebut sudah mengalami kecederaan yang teruk.
Pada awalnya, kehadiran DJ Tukutz tidak disedari orang awam malah hanya tersebar selepas insiden berkenaan mendapat perhatian media.
Malah DJ Tukutz juga mengesahkan perkara itu dengan berkongsi potongan video di media sosialnya.
Menurut DJ Tukutz dia enggan mengakui awalnya kerana ia merupakan tanggungjawab masyarakat namun tampil berkongsi bagi mengelakkan salah faham.
Sejak itu, rata-rata netizen memujinya malah mereka juga mencadangkan agar dia diberi penganugerahan.
Sementara itu, warga emas yang diselamatkan DJ Tukutz mengalami kecederaan di bahagian muka dan terpaksa berhenti kerja.
Namun tidak dapat dipastikan nasib penghantar makanan itu. - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|