CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Kedah] Basah Tekak 4.0 sasar 10,000 pengunjung malam raya

[Copy link]
Post time 29-3-2025 03:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-3-2025 04:00 AM

Basah Tekak 4.0 sasar 10,000 pengunjung malam raya

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
28 Mac 2025 09:10am




Basah Tekak berjaya menghidupkan lorong belakang yang sebelum ini sunyi dan sepi namun kini diberi nafas baharu dengan fungsi dan matlamat tersendiri.



SUNGAI PETANI - Basah Tekak 4.0 menyasarkan 10,000 pengunjung pada malam raya memeriahkan lorong belakang yang diberi nafas baharu, sekali gus menyokong usaha ke arah merancakkan Tahun Melawat Kedah 2025.

Penganjur bersama Basah Tekak 4.0, Ainol Zulkarnain Zainal Abidin berkata, dengan penglibatan 60 vendor yang menyediakan pelbagai produk makanan dan aksesori lelaki dan wanita, ternyata mampu menarik lebih ramai kehadiran tahun ini.


Menurutnya, sasaran itu juga berdasarkan kehadiran pengunjung pada awal Ramadan yang mencecah 7,000 orang pada satu malam berbanding 3,000 yang disasarkan.

]
Ainol Zulkarnain (tengah) memantau operasi Basah Tekak 4.0 di Sungai Petani Kedah.



"Kehadiran lebih 10,000 orang pada malam raya dijangka mampu dicapai memandangkan jumlah sama pernah diperolehi tahun lalu selain didorong faktor pertambahan pengunjung luar kerana ramai yang telah balik kampung," katanya.


Beliau berkata, disebabkan penganjurannya sudah memasuki tahun keempat, peniaga atau vendor telah bersedia dengan segala kemungkinan untuk menerima kebanjiran lebih ramai pengunjung.

Selain itu, peniaga, Badruldin Fuad, 29, berkata, situasi itu telah membantu meningkatkan ekonomi tempatan sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan anak muda.


"Saya jual kentang goreng, sekarang ni dah makin berkembang, saya gembira dapat peluang berada di sini," katanya.



Peniaga, Nor Samarina Azli, 27, berkata, peluang menyertai Basah Tekak 4.0 digunakan sebaik mungkin dalam meningkatkan potensi diri menjadi lebih kreatif dalam berniaga sekali gus menarik perhatian pengunjung.


"Saya graduan Universiti Teknologi Mara Arau, mula menjadi peniaga jalanan bersama dua lagi rakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan tiada peluang pekerjaan, namun setelah empat tahun kami dapat belajar dan mengembangkan perniagaan menjadi lebih baik.

"Kini menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan, bila dapat masuk sini, sudah tentu peluang itu digunakan sebaik mungkin," katanya.

Basah Tekak berjaya menghidupkan lorong belakang yang sebelum ini sunyi dan sepi selain berisiko berlakunya jenayah kini diberi nafas baharu dengan fungsi dan matlamat tersendiri.

Cetusan idea dan gabungan kreativiti beberapa anak muda menjadikan lorong belakang itu bukan sahaja meriah dengan pelbagai jualan malah, menjadi tumpuan destinasi pilihan sepanjang bulan Ramadan.

https://www.sinarharian.com.my/article/720077/edisi/utara/basah-tekak-40-sasar-10000-pengunjung-malam-raya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049676 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list