Anggota polis wanita ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,000 sebagai balasan mengurangkan denda terhadap suspek disiasatnya. FOTO AHMAD HASBI
Seremban: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anggota polis wanita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,000 sebagai balasan mengurangkan denda terhadap suspek.
Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu ditahan di pejabatnya kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
"SPRM menahan seorang anggota polis negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,000 sebagai balasan mengurangkan hukuman denda yang berkaitan dengan siasatan yang dibuat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Justeru katanya, suspek direman selama lima hari sehingga 30 Mac ini untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
sumber : hmetro
|