CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Johor] Banjir di Johor beransur pulih, mangsa berkurang kepada 405

[Copy link]
Post time 27-3-2025 11:39 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Situasi banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurang kepada 405 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 909 orang yang direkodkan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan semua mangsa daripada 116 keluarga, berlindung di lima PPS di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

"Daerah Batu Pahat mencatatkan 364 mangsa daripada 107 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 41 orang daripada sembilan keluarga.

"Lima PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dan SK Sinaran Tampok, Pontian; serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, SK Sri Comel dan Dewan Orang Ramai Tongkak Pechah di Batu Pahat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, keadaan cuaca di kesemua 10 daerah di negeri itu dijangka cerah pada pagi ini.

sumber : hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044185 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list