CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Johor] Dua jambatan rosak akibat hujan lebat, arus deras

[Copy link]
Post time 26-3-2025 08:05 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Struktur tiang jambatan di Kampung Tenang, Ulu Tiram di sini patah, manakala jambatan Batu 20 Mukim Sungai Tiram yang berjarak kira-kira tujuh kilometer dari kampung berkenaan pula runtuh berikutan hujan lebat berterusan dan arus deras baru-baru ini.

Ketua Kampung Ulu Tiram Mukim Plentong Shazrul Idham Abd Aziz berkata, jambatan Kampung Tenang iaitu satu-satunya laluan utama bagi 1,040 penduduk daripada 260 keluarga itu ditutup dan hanya boleh dilalui motosikal selepas dua tiangnya patah pada Jumaat lepas.

Beliau berkata, kejadian itu telah dimaklumkan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta dibangkitkan dalam mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

"Jurutera JPS telah membuat pemantauan dan setakat ini kita sedang menunggu maklumat lanjut berkaitan tindakan susulan sama ada ia akan dibaik pulih atau diganti baharu.

"Sehingga kini penduduk hanya boleh keluar masuk kampung itu menggunakan motosikal. Jadi saya harap kerja pembaikan boleh dipercepatkan memandangkan Aidilfitri semakin hampir. Bagaimanapun kita maklum untuk proses membaik pulih ia akan mengambil masa," katanya kepada Bernama.

Shazrul Idham berkata, setakat ini tiada lokasi yang dilihat bersesuaian untuk pembinaan jambatan sementara dan jalan alternatif sedang dikenal pasti dengan kerjasama pemilik tanah di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Kampung Felda Sungai Tiram Mohamad Misri berkata, jambatan Batu 20 runtuh pada Ahad, sekali gus menyebabkan lebih daripada 1,000 penduduk Kampung Pasir, Kampung Dagang, Kampung Orang Asli Sungai Tiram dan Kampung Seri Perdana perlu menggunakan jalan alternatif melalui Kampung Sungai Redan.

"Setakat ini, hanya itu jalan alternatif yang boleh dilalui, walaupun jalan itu agak jauh dan ada sebahagiannya tidak berturap," katanya.

Beliau berkata, Pegawai Daerah Johor Bahru bersama Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan delegasi serta Jabatan Kerja Raya telah melawat lokasi kejadian, berkaitan perancangan membina jambatan sementara.

"Kesemua pihak berbincang dan bersetuju membina jambatan sementara sebelum perayaan Aidilfitri. Kerajaan negeri akan membina jambatan kekal selepas itu," katanya sambil berharap usaha itu berjalan lancar.


Disiarkan pada: Mac 25, 2025


sumber : hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040297 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list