CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Batang Rajang dibuka selama dua minggu bermula 28 Mac

[Copy link]
Post time 25-3-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode


Huang menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-67 Sarikei Coffee and Restaurant Traders Association di Dewan SMK St Anthony Sarikei, hari ini.

SARIKEI: Jambatan Batang Rajang di Sungai Pasi, dekat sini, yang menghubungkan Sarikei dengan Tanjung Manis akan dibuka selama dua minggu bermula 28 Mac ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, pembukaan percubaan ini juga adalah sebahagian daripada usaha memudahkan perjalanan penduduk di kawasan tersebut sempena musim perayaan yang akan datang.

"Jambatan dan jalan sepanjang 17 kilometer ini adalah laluan penting bagi jalan di pesisir pantai Sarawak yang memendekkan jarak perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis, Belawai, Rajang dan sekitarnya.

"Pembukaan jambatan dan jalan ini, terutama pada musim perayaan ini adalah suatu yang mendapat respons positif daripada masyarakat setempat," kata Huang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-67 Sarikei Coffee and Restaurant Traders Association yang berlangsung di Dewan SMK St Anthony Sarikei, hari ini.

Pada majlis yang sama juga, Huang turut melahirkan penghargaan kepada persatuan tersebut kerana mereka adalah sebahagian daripada nadi penggerak pembangunan di kawasan bandar.

Katanya, persatuan itu memainkan peranan yang penting dalam memacu produk makanan dan minuman di kawasan tersebut.

"Sarikei kini terkenal dengan kualiti makanan yang sedap dan murah. Kelebihan ini telah mampu menarik ramai pengunjung dari luar untuk datang ke Sarikei untuk menjamu selera di sini.

"Secara tidak langsung, situasi ini telah meningkatkan taraf ekonomi dan menambah pendapatan golongan yang bergiat dalam industri ini," tegas Huang lagi.

Pada majlis itu juga, Huang turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Sarikei Coffee and Restaurant Traders Association  bagi kegunaan aktiviti tahunan mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054742 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list