CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

[Johor] Johor Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Isu Banjir

[Copy link]
Post time 25-3-2025 12:09 PM | Show all posts |Read mode

YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor ketika mengadakan lawatan ke salah satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di Kulai. | Foto Mohd Jafni Md Shukor

IskandarPuteri – Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan Kerajaan Negeri bagi melaksana kaedah penyelesaian isu banjir susulan bencana yang berlaku ketika ini akibat taburan hujan luar biasa mencecah 150 milimeter (mm) pada Rabu lalu.

Usaha proaktif itu akan melibatkan penilaian semula peruntukan bagi mengatasi ‘hotspot’ banjir yang telah diluluskan untuk tahun 2025, jelas YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Selain itu, kesemua 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor terutama di Greater Johor Bahru telah diarahkan menilai keadaan parit monsun, keperluan kolam tadahan dan menaik taraf sistem perparitan berikutan taburan hujan yang tinggi.

Tindakan signifikan itu untuk mengurangkan impak banjir dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin sekali gus menterjemah komitmen teguh serta iltizam Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan sistem pengurusan banjir secara lebih berkesan.

Untuk rekod, keseluruhan sebanyak RM179 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun lalu, bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di lebih 200 lokasi ‘hotspot’ banjir melibatkan 16 PBT di seluruh negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.110577 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list