CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Johor] Kutipan Zakat Di Johor Meningkat

[Copy link]
Post time 25-3-2025 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat dan Kurniaan Bantuan Serta Iffar Jamaie MAINJ, semalam. | Foto MDJ Wira Anggara

BatuPahat – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menerima kutipan zakat sebanyak RM39.2 juta daripada 15 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat, syarikat perniagaan, pemaju hartanah dan Bank Perdagangan, semalam.

Impak peningkatan kutipan zakat di Negeri Johor tampak jelas berdasarkan kutipan sepanjang tiga tahun lalu. Pada tahun 2022, sebanyak RM366.8 juta kutipan zakat, RM388.1 juta pada tahun 2023 dan sebanyak RM412.3 juta pada tahun 2024, hasil daripada sokongan Kerabat DiRaja Johor yang sentiasa tampil menunaikan tanggungjawab berzakat.

Untuk tahun 2025, MAINJ menganggarkan agihan perbelanjaan zakat sebanyak RM433.7 juta kepada lapan kategori asnaf. Selain itu, demi memastikan pengagihan pada tahun ini dibelanjakan secara berkesan, MAINJ telah memperkasakan 11 inisiatif yang melibatkan inisiatif Sara Hidup, inisiatif Hari Raya dan sebagainya.

Terdahulu, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat dan Kurniaan Bantuan Serta Iffar Jamaie MAINJ di Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.

Turut hadir, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Ketua-Ketua Jabatan serta masyarakat setempat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045798 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list