CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Johor] Polis siasat kes lelaki dipukul di persimpangan lampu isyarat

[Copy link]
Post time 25-3-2025 11:48 AM | Show all posts |Read mode


TANGKAP layar video tular memaparkan penunggang motosikal memarahi dan memukul kepala seorang lagi penunggang motosikal. FOTO tular

Johor Bahru: Polis sudah memulakan siasatan berhubung satu insiden perselisihan faham membabitkan dua penunggang motosikal dekat persimpangan lampu isyarat yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya mengesan video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu dan mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 29 tahun membuat laporan polis jam 4.29 petang tadi, mendakwa kejadian berlaku jam 4.40 petang semalam di persimpangan Jalan Tampoi dan Jalan Persiaran Tanjung di sini.

"Mangsa menunggang motosikal dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki tidak dikenali yang turut menunggang motosikal dan berhenti di persimpangan itu.

"Mangsa dipukul beberapa kali di bahagian kepala oleh lelaki berkenaan sebelum suspek beredar dari lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Terdahulu, tular video berdurasi 23 saat itu memaparkan dua penunggang motosikal berhenti di lampu isyarat dengan seorang daripadanya dilihat sedang memarahi mangsa.

Bukan sekadar marah menggunakan mulut, penunggang motosikal itu memukul kepala mangsa sebanyak enam kali sebelum beredar ketika lampu isyarat bertukar hijau.

sumber : hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.786070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list