CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 93|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Pameran Perdagangan Mini New Zealand di semua cawangan Everrise, 19-31 Mac

[Copy link]
Post time 24-3-2025 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-3-2025 03:21 PM



Walsh (lima kanan) bersama delegasi New Zealand serta pengurusan Everrise bergambar bersama sebahagian produk keluaran New Zealand di Everrise Green Heights Mall, Kuching.

KUCHING: Pasar raya Everrise menganjurkan Pameran Perdagangan Mini New Zealand buat julung kali dari 19 hingga 31 Mac di semua cawangannya.

Sepanjang pameran, ia menawarkan pengguna tempatan untuk merasai pelbagai produk makanan dan minuman dari New Zealand.

Pameran perdagangan itu antara lain bertujuan mengukuhkan hubungan perdagangan selain menyediakan pelanggan dengan akses kepada barangan New Zealand berkualiti tinggi selain membolehkan pelanggan di seluruh Sarawak merasai cita rasa asli New Zealand sambil menikmati tawaran yang tiada tandingan dan pemberian eksklusif.

Dengan menampilkan jenama terkenal antaranya Pure South Handpicked, Talley's, Westgold, Anchor, Dairyworks, Chesdale, Tatua, Anlene serta Fernleaf, acara itu juga termasuk promosi istimewa, pengenalan produk eksklusif dan hadiah percuma dengan pembelian, termasuk beg mesra alam dan cawan vakum keluli tahan karat dua dinding.

Lebih istimewa pembukaan pameran ialah dengan lawatan khas Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia Michael Walsh di Everrise Green Heights Mall pada 19 Mac lalu.


Antara produk tenusu buatan New Zealand yang terdapat di Everrise Green Heights Mall, Kuching.

Sepanjang lawatan, Walsh dan delegasinya telah meluangkan masa melihat sendiri produk New Zealand yang dipamerkan serta turut mencuba beberapa makanan dan minuman berasaskan produk New Zealand di pasar raya itu.

Lawatan itu juga bertujuan meningkatkan penawaran produk kepada pelanggan dan memberi mereka akses kepada beberapa produk terbaik yang ditawarkan oleh New Zealand.

Terdahulu beliau disambut dan ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Everrise Melody Chum, Peneraju Pembangunan Perniagaan New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) Ching Mi Yee, Pengurus Besar Supreme Cold Storage Justin Ho dan Pengurus Pemasaran Tertinggi Nigel Wee.

Turut hadir Pengurus Operasi Jualan Tertinggi Lily Tan dan Eksekutif Produk Tertinggi Alex Chia.

Walsh turut menekankan peranan acara itu dalam memperkukuh komitmen New Zealand untuk menyampaikan produk peringkat teratas sambil memupuk perkongsian yang lebih kukuh dengan Malaysia.


Walsh melihat salah satu produk tenusu yang dipamerkan di rak Everrise.

“Kami mengalu-alukan peluang untuk menganjurkan inisiatif serupa dan berharap dapat bekerjasama lebih rapat dengan Everrise untuk membawa produk makanan dan minuman premium New Zealand ke Malaysia Timur,” katanya.

Beliau menambah bahawa pameran perdagangan itu bukan sahaja mempamerkan jenama premium New Zealand tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang produk negara yang berkualiti tinggi dan bersumber secara bertanggungjawab.

Kelebihan daya saing dalam kualiti dan kemampanan industri makanan New Zealand terkenal dengan persekitaran semula jadi yang asli, amalan pertanian yang mampan dan piawaian keselamatan makanan yang ketat.


Everrise Green Heights Mall, Kuching turut menjual daging lembu segar yang didatangkan dari New Zealand.

Beliau turut menyerlahkan teknologi kebolehkesanaan makanan termaju New Zealand selain memastikan standard yang tinggi daripada pengeluaran hingga penghantaran.

“Memandangkan pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia menuntut lebih ketelusan berhubung asal usul dan kandungan nutrisi makanan, banyak syarikat New Zealand telah melabur dalam teknologi kebolehkesanan untuk memberikan maklumat ini,” tegasnya.

Beliau menyatakan bahawa sebuah syarikat tenusu New Zealand adalah yang pertama di dunia untuk mengesan produknya secara elektronik di mana-mana sahaja di dunia dalam beberapa minit.

Memperluaskan Penawaran Produk Malaysia kekal sebagai salah satu rakan perdagangan terkuat New Zealand terutama dalam sektor makanan dan pertanian dengan Sarawak turut menyaksikan permintaan kukuh untuk produk tenusu dan daging New Zealand.

“New Zealand membekalkan 96 peratus daripada import susu tepung Malaysia, bernilai NZ$330.4 juta.

“Selain itu, 16 peratus daripada import kambing beku Malaysia bernilai NZ$32.5 juta, datang dari New Zealand,” katanya.

Dengan 99.5 peratus daripada eksport New Zealand ke Malaysia adalah bebas tarif, hubungan perdagangan terus kukuh, membuka peluang untuk pelbagai tawaran yang lebih luas.

Misi perdagangan 2024 yang diketuai Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon memudahkan pelbagai memorandum persefahaman (MoU), secara tidak langsung mengukuhkan lagi perkongsian dan membuka jalan untuk pilihan produk yang lebih mampan dan organik di Malaysia.

“Memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia mengutamakan diet yang lebih sihat, New Zealand bersedia untuk memenuhi permintaan ini dengan produk makanan kami yang berkhasiat, beretika dan berkualiti premium.

"Kami menjangkakan lebih banyak jenama New Zealand akan memasuki pasaran pada tahun-tahun akan datang," kata Walsh penuh teruja.

Memandangkan Mini New Zealand Trade Fair memperkenalkan lebih ramai pengguna Malaysia kepada produk New Zealand, kerjasamanya dengan Everrise menandakan satu langkah penting dalam mengukuhkan kehadiran pilihan makanan yang berkualiti tinggi dan mampan di Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068757 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list