CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 84|Reply: 0

[Sarawak] MAWILLA 4 TLDM akan dibina di Muara Tebas: Panglima ATM

[Copy link]
Post time 24-3-2025 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-3-2025 02:35 PM



Mohd Nizam (tengah) pada lawatan kerja ke Markas Taktikal Balai Ringin hari ini. - Gambar BERNAMA

SERIAN: Muara Tebas dipilih sebagai lokasi pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Beliau berkata selepas meneliti pelbagai faktor termasuk kemudahan dan kos penyelenggaraan, Muara Tebas didapati lebih sesuai sebagai pangkalan baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada lokasi asal yang dicadangkan iaitu Bintulu.

“Perbincangan awal dengan kerajaan negeri Sarawak telah diadakan, kedua-dua pihak (kerajaan negeri dan Angkatan Tentera Malaysia) bersetuju untuk pemindahan ke Muara Tebas atas pelbagai faktor.

“Jika di Bintulu, kos penyelenggaraan di sana akan lebih tinggi. Kita telah mempertimbangkan dari segi kos, kajian kebolehlaksanaan serta infrastruktur untuk pangkalan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Markas Taktikal Balai Ringin di sini, hari ini.

Mohd Nizam berkata  pangkalan baharu itu bakal menjadi antara pangkalan laut moden di Sarawak, dengan keupayaan setanding Pangkalan TLDM Teluk Sepangar, Sabah.

“Esok, ATM akan melawat tapak di Muara Tebas dan berbincang mengenai langkah seterusnya kerana kita memerlukan sebuah pangkalan TLDM di Sarawak,” katanya.

Berkenaan dengan keselamatan sempadan negara, beliau berkata jumlah pos kawalan Malaysia dan Indonesia perlu seimbang, selain perlu membuat penilaian untuk mewujudkan pos gabungan antara kedua-dua negara agar keselamatan sempadan dapat diperkukuh.

“Ketika ini, terdapat lima pos gabungan Malaysia-Indonesia, kita juga akan menilai keperluan meningkatkan kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sempadan.

“Jika Indonesia mempunyai ICQ di sempadan mereka, kita juga perlu memastikan ICQ berada di sebelah kita bagi mengelakkan ketidakseimbangan dalam kawalan keluar masuk,” katanya.

Beliau berkata satu lawatan kerja akan diadakan pada Mei ini melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kastam dan Imigresen bagi membincangkan pendekatan terbaik untuk menyelaraskan kawalan sempadan secara lebih bersepadu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.189810 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list