CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sabah] Umat Islam diajak perkukuh perpaduan dan sertai perjuangan politik

[Copy link]
Post time 24-3-2025 01:14 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Salleh (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain semasa pada majlis itu.

PAPAR: Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, menyeru umat Islam di negeri ini agar terus memperkukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim, khususnya sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Beliau berkata, Ramadan bukan sahaja bulan ibadah tetapi juga ruang terbaik untuk menyatukan hati, membina kekuatan bersama, serta memperkukuh saf perjuangan demi masa depan umat dan negeri.

“Dalam semangat Ramadan ini, saya ingin mengajak seluruh umat Islam agar bersama-sama kita dalam perjuangan parti yang memperjuangkan aspirasi rakyat dan membela nasib umat. Kekuatan politik umat Islam hanya akan wujud jika kita bersatu dan tidak berpecah.

“Sejarah politik Sabah telah membuktikan bahawa perpecahan tidak pernah membawa keuntungan. Sebaliknya, ia melemahkan suara dan kedudukan kita,” katanya ketika berucap dalam satu majlis bersama rakyat di Pengalat, di sini, semalam.

Salleh berkata, perpaduan bukan sahaja penting dalam kalangan umat Islam, tetapi juga dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah yang telah lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati.

“Sabah adalah contoh terbaik perpaduan antara kaum di negara ini. Perpaduan ini harus terus dipelihara. Pada masa yang sama, umat Islam perlu berada dalam arus politik negara agar suara kita terus didengari dan dihormati,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi, Ketua UMNO Bahagian Penampang Datuk Hasnol Datuk Ayub, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu Sharif Musa bersama barisan kepimpinan tempatan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044282 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list