CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

[Perlis] Beg ditinggalkan di stesen kereta api berisi dadah lebih RM1 juta

[Copy link]
Post time 23-3-2025 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Beg ditinggalkan di stesen kereta api berisi dadah lebih RM1 juta

Aizat Sharifam@hmetro.com.my





GAMBAR hiasan




Kangar: Curiga pihak berkuasa terhadap beg hitam yang ditinggalkan di laluan mesin pengimbas unit dagangan kereta api di Stesen Keretapi Padang Besar, dekat sini nyata berasas apabila pemeriksaan mendapati ia mengandungi barang larangan.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Ismail Hashim berkata, beg itu dikesan pada 4.45 petang, 9 Mac lalu apabila ia didapati sengaja ditinggalkan.

Katanya, penguat kuasanya bersama Unit Pemeriksaan Penumpang Keretapi stesen kemudian melakukan pemeriksaan yang menemukan 13.207 kilogram dadah jenis ganja dianggar lebih RM1 juta.

"Beg itu sengaja ditinggalkan dan tidak dituntut sebelum memasuki mesin pengimbas dan apabila diteliti di dalamnya mengandungi satu selimut dan satu bungkusan plastik berwarna hitam.

"Pemeriksaan rapi terhadap bungkusan plastik kemudian mendapati terdapat 23 peket plastik lutsinar kedap udara berisi tumbuhan kering disyaki ganja, dengan berat keseluruhannya dianggarkan sekitar 13.207 kilogram serta bernilai RM1,320,700," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada tangkapan dilakukan memandangkan pihaknya tidak menemui pemilik beg, namun dia dipercayai sengaja meninggalkan beg di laluan mesin pengimbas itu untuk mengelak pemeriksaan.

"Kita percaya ganja itu diperoleh daripada negara jiran dan cuba diseludup masuk ke negara ini menggunakan kereta api," katanya memberitahu masih menyiasat pemilik beg.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perlis merekod empat kes membabitkan rampasan pelbagai komoditi seperti penyejuk enjin, tayar, penyapu dan dadah jenis ganja dianggarkan RM1,726,863.86 dan cukai RM96,432.64.



Disiarkan pada: Mac 23, 2025 @ 4:40pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1200141/beg-ditinggalkan-di-stesen-kereta-api-berisi-dadah-lebih-rm1-juta




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069596 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list