CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

[Sarawak] Tiang gesa kerajaan persekutuan segera lulus Fasa 5 Projek Tebatan Banjir Sibu

[Copy link]
Post time 23-3-2025 06:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-3-2025 06:40 AM



Jalan Ling Kai Cheng dan kawasan sekitarnya dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang menggesa kerajaan persekutuan segera meluluskan Fasa 5 Projek Tebatan Banjir Sibu yang disifatkan sebagai kritikal bagi mengatasi masalah banjir berulang di daerah ini.

Beliau berkata, fasa berkenaan yang dianggarkan menelan kos RM400 juta merangkumi pembinaan tiga stesen pam di sepanjang Sungai Seduan bagi mengawal paras air serta mengurangkan risiko banjir di kawasan utama seperti Jalan Ling Kai Cheng, Apollo dan Jalan Gelama.

"Ini adalah fasa paling mahal dalam keseluruhan program tebatan banjir, tetapi tanpa mengira kos, keutamaan kita adalah keselamatan dan kesejahteraan penduduk Sibu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah majlis pelancaran kempen Jualan Bendera Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Sibu 2025 di Star Mega Mall, hari ini.

Turut hadir ialah Penasihat BSMM Sibu Datuk Lau Ngie Hua dan Pengerusi BSMM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, Fasa 4 projek itu kini dalam proses tender dan beliau menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan kelulusan Fasa 5 supaya projek berkenaan dapat disiapkan segera.

"Peruntukan bagi projek ini sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), namun saya berharap ia diberi keutamaan dan tidak ditangguhkan kerana penduduk Sibu tidak boleh menunggu lebih lama lagi," katanya.


(Dua dari kanan) Chua, Tiang, Lau dan yang lain merakam gambar kenangan pada majlis pelancaran kempen Jualan Bendera Tahunan BSMM Cabang Sibu 2025 di Star Mega Mall, hari ini.


Beliau turut menegaskan bahawa musim monsun ketika ini bukan sahaja menyebabkan banjir di Sarawak tetapi juga di negeri lain seperti Johor dan Sabah.

"Bencana ini tidak hanya menjejaskan satu atau dua bahagian, malah seluruh Wilayah Tengah turut terkesan.

“Saya difahamkan, banjir kali ini antara yang paling buruk dalam beberapa dekad, dan kesannya masih belum dapat dinilai sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, pasukan bantuan bencana kini digerakkan sepenuhnya di bawah seliaan pasukan penyelamat dan pemantauan rapi sedang dilakukan di kawasan yang terjejas.

"Setakat semalam, sebanyak 21 sekolah di Sibu terkesan akibat banjir. Saya mengingatkan penduduk di kawasan rendah dan mudah dinaiki air supaya sentiasa berwaspada serta mendapatkan bantuan jika diperlukan," katanya.

Tiang turut menasihatkan mereka yang memerlukan bantuan segera supaya menghubungi Pejabat Residen Sibu atau agensi berkaitan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) serta polis.

Selain itu, beliau berkata Pasukan Khidmat N.54 Pelawan sedia menyalurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.

"Jika ada penduduk menghadapi masalah bekalan makanan, mereka boleh menghubungi pasukan saya di talian 012-7609622," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055390 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list