CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 92|Reply: 0

[Sarawak] Kerja pengalihan paip di Sibuti punca kelewatan Lebuh Raya Pan Borneo

[Copy link]
Post time 23-3-2025 06:07 AM | Show all posts |Read mode


Fadillah berucap semasa majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Empila di Kota Samarahan semalam.

KUCHING: Projek Lebuh Raya Pan Borneo mengalami kelewatan disebabkan kerja-kerja pengalihan paip di Sibuti, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, kerja pembinaan di kawasan tersebut tidak dapat diteruskan sehingga saluran paip baharu siap sepenuhnya.

“Saya dimaklumkan, isu besar ialah disebelah Sibuti disebabkan pengalihan paip, jadi kerja-kerja tidak boleh dibuat sehingga paip baharu disiapkan.

“Sebab itu, pembinaan bergerak lambat (belum siap sepenuhnya) dan kita jangkakan ia siap pada 2026. Meskipun kemajuan projek ini memang perlahan tapi ianya boleh dikatakan hampir selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Empila di Kota Samarahan pada Jumaat.

Sebelum ini, pada November tahun lalu, Pemangku Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Wisil Lichok, memaklumkan bahawa Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 786 kilometer dibahagikan kepada 11 pakej kontrak melibatkan 25 seksyen dengan 11 syarikat kontraktor dilantik bagi pelaksanaannya.

Jelasnya, kekurangan tenaga pekerja serta peningkatan harga bahan binaan turut memberi kesan kepada kemajuan projek tersebut.

Dalam pada itu, Fadillah memberitahu kerajaan kini memberi tumpuan kepada projek infrastruktur utama lain, termasuk Jalan Penghubung Sarawak-Sabah (SSLR) Fasa 1, 2, dan 3, serta Lebuh RayaTrans Borneo yang akan menghubungkan Lawas dan Limbang melalui Brunei.

“SSLR yang dikendalikan di bawah seliaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya) kini berjalan lancar, dengan kontrak bagi ketiga-tiga fasa telah diserahkan kepada pihak yang dilantik.

“Tambahan pula, Lebuh Raya Trans Borneo termasuk Red Line, meliputi bahagian tertentu di bawah projek ini,” katanya.

Mengenai peruntukan untuk Red Line, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Kami memerlukan maklumat lanjut daripada beliau, namun saya difahamkan bahawa Datuk Seri Alexander sedang giat memperjuangkan perkara ini,” tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050328 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list