CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 100|Reply: 0

[Sarawak] STU nasihatkan pihak sekolah lapor kes buli

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:44 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menasihatkan pihak sekolah untuk melaporkan kes buli di sekolah mereka agar pihak bertanggungjawab di Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri dapat membantu dalam kes berkaitan.

Menegaskan perkara itu, Presidennya Kullin Djayang (gambar) berkata, tidak dinafikan jika berlaku kes buli, sudah pasti banyak pihak menunding jari kepada pihak sekolah khasnya buli fizikal, yang mendatangkan kecederaan.

Namun ujar beliau, kerjasama semua pihak adalah tunjang penyelesaian kes kerana punca utama berlakunya buli harus diambil berat atau disiasat sepenuhnya daripada kedua-dua pihak.

“Setelah meneliti keadaan sebenar yang menjadi punca dan sebab utama kes ini berlaku, maka pihak sekolah bersama pihak ibu bapa terlibat adalah digalakkan untuk berbincang terlebih dahulu demi mencari penyelesaian yang terbaik.

“Jika benar (kes) terbukti kesalahan dan kecederaan fizikal dan tekanan mental yang berlaku, maka tiada pihak boleh menghalang ibu bapa terlibat untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Setiap tindakan atau dendaan yang dikenakan haruslah setimpal dengan apa yang berlaku dan elakkan dari terlalu beremosi sehingga berlaku tindakan yang tidak rasional atau pertelingkahan yang lebih besar,” katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Kullin berkata, setiap sekolah sudah mengambil langkah awal dalam pencegahan kes buli ini daripada berleluasa seperti ceramah dan penerangan tentang jenis buli, bagaimana mengelak buli berlaku, menjalankan program yang berkaitan kesihatan mental dan emosi pelajar.

Namun katanya, untuk membendung kes buli daripada tidak berlaku amatlah sukar kerana di sekolah terdapat begitu ramai pelajar yang berlainan latar belakang.

“Dalam perkara ini, kita berharap ibu bapa dan masyarakat memahami keadaan guru serta tidak terus menyalahkan pihak sekolah sepenuhnya.

“Ini kerana para guru juga perlu menjalankan tugas hakiki iaitu mengajar, di samping menguruskan perkara lain berkaitan kes disiplin. Maka peranan ibu bapa amatlah ditagih dalam mendidik anak-anak mereka agar lebih berdisiplin,” katanya.

Terdahulu Pengarah Pendidikan Sarawak Omar Mahli berkata sebarang aduan atau kes buli di sekolah harus diselesaikan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, pentadbir sekolah terutama pegawai pendidikan daerah (PPD) serta pengetua dan guru besar (PGB) harus menangani aduan serta buli di sekolah mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Jangan memandang remeh semua aduan atau salah laku buli di sekolah.

"Selesaikan dengan segera dan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya bercakap pada Program Bicara Profesionalisme Guru Bersama Pengarah Pendidikan Sarawak Peringkat PPD Betong sempena Safari Ramadan Jabatan Pendidikan Sarawak (JPN) 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.106220 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list