CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 97|Reply: 0

[Sarawak] Nanta mahu JKR Sarawak pantau situasi banjir di Pan Borneo

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode


Gambar tangkap layar dari video Facebook Nanta menunjukkan keadaan banjir di sekitar Jambatan Durin, Lebuh raya Pan Borneo, menyebabkan laluan itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

SIBU: Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengambil tindakan segera untuk memantau situasi banjir yang melanda jalan raya, terutama di Lebuh Raya Pan Borneo.

Beliau berkata, hujan berterusan menyebabkan paras air Batang Rajang meningkat dan melimpah ke jalan raya, mengakibatkan beberapa kawasan di Sibu, termasuk sekitar Jambatan Durin, dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

"Situasi hujan berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan di Sibu, dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

“Ini termasuklah di kawasan sekitar Jambatan Durin di laluan Lebuh Raya Pan Borneo," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Beliau menambah, buat masa ini semua jalan tersebut masih tidak boleh dilalui kenderaan kecil dan ringan.


Gambar tangkap layar dari video Facebook Nanta menunjukkan keadaan banjir yang melanda SK Nanga Bena menyebabkan kawasan sekolah ditenggelami air.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pengguna jalan raya agar lebih berwaspada dengan situasi semasa dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.

Dalam hantaran berlainan, Nanta berkata, hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu turut menyebabkan beberapa kawasan di Kapit dilanda banjir, termasuk lima sekolah yang ditenggelami air.

Beliau berkata, lima sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Yong, SK Bena Sut, SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena.

“Bagaimanapun, banjir di tiga sekolah iaitu SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena sudah mulai surut,” katanya.

Selain sekolah, beberapa kawasan lain turut dinaiki air, antaranya Kampung Muhibah di Jalan Bleteh, Kampung Baru di Jalan Abang Sulaihi, Lorong 7 Jalan Airport dan Nanga Seranau.

Beliau berkata, banjir juga menyebabkan gangguan jalan dan bekalan elektrik di beberapa kawasan termasuk Sungai Sibau (Rumah John Ramba), Rumah Riti, Nanga Tulie, Pulau Pisang dan Nanga Baleh.

“Saya sudah mengarahkan semua pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu penduduk berdepan bencana ini.

“Saya turut berdukacita atas kejadian yang berlaku dan berharap penduduk mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.067425 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list