CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

[Sarawak] JKR akan tinggikan aras jalan di laluan masuk ke Jambatan Durin

[Copy link]
Post time 22-3-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-3-2025 09:23 AM



Keadaan di laluan masuk ke Jambatan Durin, pagi tadi di mana pengguna terkandas kerana laluan terputus akibat banjir. - Gambar Facebook/Sahrein Maloh
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan meninggikan aras jalan di laluan masuk ke Jambatan Durin di Sibu bagi memastikan laluan berkenaan tidak terputus akibat banjir kilat pada masa akan datang.

Pengarahnya Dr Cassidy Morris berkata demikian ketika dihubungi The Borneo Post susulan kesukaran yang dihadapi pengguna jalan raya yang melalui laluan Durin-Sibu dan Sibu-Durin pagi tadi, apabila mereka terkandas kerana jalan menuju jambatan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

“Paras air Batang Rajang meningkat dengan luar biasa. Jalan di laluan masuk ke jambatan telah ditenggelami air kerana kawasannya agak rendah.

“Masalah ini boleh diselesaikan dengan menaikkan aras jalan di kawasan yang terjejas,” kata Cassidy.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, menegaskan struktur Jambatan Durin tidak mempunyai sebarang masalah.

Beliau menjelaskan hujan lebat luar biasa pagi ini serta limpahan air dari Batang Rajang telah menyebabkan banjir di laluan masuk ke jambatan.

Wong bersetuju bahawa meninggikan aras jalan akan memastikan masalah ini tidak berulang pada masa hadapan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036091 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list