CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 117|Reply: 0

[Sarawak] Situasi banjir semakin buruk di Johor, Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 21-3-2025 10:14 AM | Show all posts |Read mode


Keadaan rumah dan jalan raya serta kenderaan yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau berikutan hujan beterusan sejak 19 Mac ketika tinjauan BERNAMA semalam. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor, Sabah dan Sarawak bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan peningkatan setakat 8 pagi ini.

Di Johor, jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 10,763 daripada 3,018 keluarga yang ditempatkan di 98 PPS di lima daerah terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 4,291 orang, diikuti Kluang (2,163), Kota Tinggi (1,762), Pontian (1,395) dan Kulai sebanyak 1,152 orang.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,248 daripada 396 keluarga yang dipindahkan ke 11 PPS.

“Sebanyak 14 kampung terjejas, iaitu lima di Kota Marudu, masing-masing dua di Sandakan,  Beluran, Paitan dan Matunggong serta satu kampung di Pitas.

Peningkatan jumlah dipindahkan hanya di Kota Marudu pagi ini manakala daerah lain kekal,” menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, tiga PPS baharu dibuka bagi menampung jumlah mangsa banjir yang kini mencecah 274 orang.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS Balai Raya Song yang pertama dibuka semalam, kini menempatkan 198 mangsa.

Tiga PPS baharu, iaitu Asrama Belia Kapit menempatkan 31 mangsa, Dewan Kompleks Sukan Kanowit (38), dan Dewan Komuniti Sibu Jaya (7).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.042797 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list