CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki rosakkan kereta orang didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 21-3-2025 10:09 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan bertindak merosakkan kereta milik orang lain.

Tertuduh, Lau Lee Kiong, 44, didakwa melakukan pertuduhan khianat itu dengan menggunakan batang besi berhampiran sebuah premis di Jalan Oya pada 13 Februari 2017, kira-kira jam 11 pagi.

Sehubungan itu, Lau telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu sedang menjalankan kerja-kerja menyelenggara jalan sebelum tertuduh tiba dengan sebuah kereta serta berhenti di tapak pembinaan.

Tertuduh kemudian mendakwa keretanya mengalami kerosakan disebabkan serpihan batu yang jatuh sebelum bertindak marah dan mengambil batang besi lalu memukul kereta pengadu.

Pada 1 Oktober 2021, kira-kira jam 10 pagi, pihak polis telah menahan tertuduh di pekarangan Kompleks Mahkamah Sibu bagi membantu siasatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengawai pendakwa Inspektor Kumareswaran Murugan sementara tertuduh tidak diwakili.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038240 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list