CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

[Sarawak] Jangan pinjamkan akaun bank kepada orang lain

[Copy link]
Post time 21-3-2025 09:31 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Membenarkan penggunaan akaun bank peribadi kepada orang lain adalah satu kesalahan.

Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Stanley Chew (gambar) berkata, perbuatan itu akan mendatangkan masalah kepada masa depan pemilik akaun bank terbabit sekiranya ditangkap atau ada orang membuat laporan, ataupun siasatan pihak polis.

“Akaun bank akan ditutup dan mungkin seumur hidup. Kalau mahu membuat apa-apa permohonan bantuan dari kerajaan pun tidak dapat kerana mesti melalui akaun bank,” jelasnya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, pada masa kini banyak pembayaran dibuat melalui akaun bank secara dalam talian, itu pun menjadi satu masalah.

“Kalau berkaitan dengan kegiatan 'cuci wang' ini satu jenayah yang besar, kalau anda pinjamkan akaun bank, mungkin anda berkaitan dengan ini, mungkin akan masuk penjara,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya meminjamkan akaun bank mereka kepada orang lain.

“Jangan kerana ingin mendapatkan keuntungan yang sedikit ini, dengan sesuka hati pinjamkan akaun bank kepada orang lain.

“Ini kerana bukan satu akaun bank yang ditutup, semua yang berkaitan dengan anda akan ditutup,” tegasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055902 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list