CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7993|Reply: 0

[Johor] Projek landasan berkembar elektrik Gemas-JB lonjak sistem pengangkutan rel negara

[Copy link]
Post time 19-3-2025 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) melawat Stesen KTM Layang-Layang bagi meninjau sendiri perkembangan projek di situ. - Foto ihsan FB Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) merupakan satu lonjakan besar dalam sistem pengangkutan rel negara, khususnya di selatan tanah air, kata Menteri Besar, Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata projek itu bakal melengkapkan jaringan Landasan Berkembar Elektrik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di pantai barat Semenanjung yang menghubungkan Johor Bahru hingga ke Padang Besar, Perlis.

"Projek ini sebahagian daripada transformasi infrastruktur di Johor. Semoga perkhidmatan ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan negeri, sekali gus menjadikannya lebih maju dan berdaya saing," katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru telah bermula di Segamat pada Sabtu lepas, manakala stesen di Labis akan bermula pada April diikuti Kluang pada bulan seterusnya hingga ke Johor Bahru pada September tahun ini.

"Dengan adanya landasan berkembar ini, perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral hanya mengambil masa 3 jam 30 minit, menjadikannya pilihan lebih pantas, selesa dan efisien.

Laluan sepanjang 192 kilometer ini merentasi Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru sebelum berakhir di JB Sentral.

"Dengan kelajuan hingga 160 km/j, tren elektrik ini mampu menampung kapasiti penumpang dengan 22 perjalanan sehari dan menawarkan 346 tempat duduk setiap tren," katanya.

Pada Sabtu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dilapor berkata ETS Gemas-Johor Bahru telah memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat pada 7.55 pagi.

Mohd Rani dipetik berkata laluan baharu itu dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di Segamat dengan meningkatkan kesalinghubungan dan menarik lebih ramai pelawat ke bandar tersebut.

– BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048605 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list