CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21118|Reply: 0

Tiga kelab Honda Civic rai golongan kurang bernasib baik, anjur majlis berbuka puasa

[Copy link]
Post time 18-3-2025 10:13 PM | Show all posts |Read mode

TIGA kelab pemilik kereta Honda Civic membuktikan mereka bukan sekadar pencinta automotif, malah prihatin terhadap kebajikan masyarakat dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Genting Highlands, Pahang pada Ahad lalu.

Program amal julung kali diadakan itu bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Selangor dan Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis Kelab Honda Civic FK8 Malaysia, Honda Civic FL5 Malaysia dan Honda Civic Type R Sosial Kelab itu turut menyaksikan sumbangan berjumlah RM7,000 disalurkan kepada dua rumah kebajikan tersebut.


Wakil kelab, Madi Kosan menyerahkan cek berjumlah RM5,000 kepada Rumah Kasih Harmoni manakala penaung majlis, Lukhman Hakim Alu menyumbangkan RM2,000 kepada Rumah Titian Kaseh.

Program amal itu merupakan inisiatif pertama gabungan tiga kelab berkenaan dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Majlis yang berlangsung meriah itu berjaya membuktikan bahawa kelab-kelab kereta bukan sekadar komuniti peminat automotif, tetapi juga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi sekali gus menepis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap semua kelab kereta berkenaan.


Selain sumbangan wang tunai, kesemua asnaf yang hadir turut menerima duit raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, wakil Rumah Kasih Harmoni, Jamilah Wahab dan wakil Rumah Titian Kaseh, Ahmad Haziq  A. Rahim menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama sebagai kenangan buat semua yang hadir. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.064317 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list