CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17127|Reply: 0

[Johor] Suspek kes acah pukul guna kayu ditahan

[Copy link]
Post time 13-3-2025 02:34 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden berkenaan.

Johor Bahru: Suspek disyaki terbabit dalam insiden video tular memaparkan lelaki mengugut, dengan mengacah mahu memukul seorang individu lain menggunakan kayu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL), Ahad lalu, ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berumur 30 tahun itu ditahan di kawasan Skudai di sini, pada 10.30 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana berang dengan mangsa yang memotong barisan semasa kesesakan lalu lintas.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang Ahad lalu.

"Pihak polis turut merampas sebatang rotan bersaiz besar yang digunakan dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Raub, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah.

Bagaimanapun saringan ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan selepas rakaman video berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki bertengkar dengan seorang lagi individu, sebelum mengacah mahu memukulnya menggunakan sebatang kayu.


Disiarkan pada: Mac 13, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.111094 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list